Tuesday, January 27, 2009

New Year 2009 Pict











































New Year 2009

New year 2009 camping at kg. Kuyungon


Choir group.

Rehearsal for new yers performance .



The Campfire










Sunday, March 23, 2008

Moses M Iking



Calon Pilihan Barisan Alternative. Salah seorang KDM yang berjaya. Apa jua keputusan, kami sentiasa berbangga mempunyai seseorang pemimpin seperti ini. - We are proud of you-

Tuesday, October 10, 2006

Aktiviti Mengenalpasti Zon Larangan Kekal (PANAGALAN)





Air Terjun Ragkam

Menilai Kawasan untuk ditandakan sebagai Zon Larangan Kekal

Membuat Anggaran Kawasan

Menandakan Zon Larangan Kekal


Perbincangan selepas aktiviti Mengenalpasti selesai

Pemuliharaan Sungai

Panagalan sungai Kuyungon / Tondulu dengan kerjasama diantara persatuan yang terdiri daripada beberapa buah kampung dan Jabatan Perikanan Daerah Tambunan telah dimulakan sejak tiga tahun lalu. Tujuan utama panagalan ini adalah untuk pemulihan semula hidupan sungai yang hampir pupus akibat aktiviti pengambilan hasil sungai yang tidak terkawal sebelum ini. Dalam program ini, sungai yang dikenalpasti akan dijadikan sebagai zon larangan menangkap hasil sungai untuk beberapa ketika dan akan dibuka untuk kutipan hasil pada suatu waktu tertentu yang telah dipersetujui oleh semua pihak.

Antara kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam program ini ialah :-

- Menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk melaksanakan dan memantau aktiviti panagalan.
- Mengenalpasti kawasan sungai yang dijadikan kawasan larangan mengambil hasil sungai.
- Mewujudkan peraturan-peraturan panagalan.
- Memeterai perjanjian
- Mengenalpasti zon larangan kekal.
- Lawatan dan pemantauan hasil sungai
- Denda ke atas individu yang melanggar peraturan
- Kutipan hasil pada suatu masa yang dipersetujui dalam perjanjian

Sekiranya program ini dilihat kembali berdasarkan sejarah dan tradisi masyarakat di sini, ia sebenarnya bukanlah perkara baru. Tradisi ini telahpun wujud sejak nenek moyang kita lagi di mana beberapa kelompok keluarga berpakat untuk menjadikan sungai di kawasan mereka sebagai kawasan larangan dan hasilnya akan diambil pada masa yang sesuai dengan cara bergotong-royong (“mitabang”) dan dikongsi di kalangan mereka. Pada masa itu kawasan tersebut ditandakan dengan buluh yang dipacakkan ke tanah (“tonduk / notondukan”). Kelemahan pada masa itu ialah tiada peraturan yang jelas, adil dan berkesan diperkenalkan menyebabkan tradisi ini semakin pupus di kalangan masyarakat.

Usaha panagalan yang baru diperkenalkan memberikan kesan positif yang besar kepada alam sekitar terutamanya sungai.

Ia secara tidak langsung menerapkan kesedaran kepada masyarakat tentang nilai dan kepentingan alam sekitar di samping mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat. Ia juga membantu menghidupkan kembali tradisi yang telah diamalkan turun-temurun dengan cara yang telah diperbaharui dan ternyata lebih baik.

Kita berharap agar program-program seperti ini akan berterusan sehingga ke generasi yang akan datang.

Ekonomi

Pertanian merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk di kampung ini. Tanaman seperti padi bukit, ubi kayu, jagung dan buah-buahan tempatan merupakan tanaman yang diusahakan untuk kegunaan sendiri manakala tanaman seperti Sayur-sayuran, Halia, Tembakau, Cili dan beberapa tanaman lain diusahakan secara komersial.


Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam, itik dan ikan pula kebanyakannya diusahakan untuk kegunaan sendiri sahaja. Namun beberapa penduduk di kawasan ini sudah mula melibatkan diri dalam penternakan ikan untuk tujuan komersial.

Aktiviti Pertanian dan penternakan di perkampungan ini telah wujud sejak dahulu lagi. Walaubagaimanapun, pembangunan pertanian di kampung ini berkembang agak perlahan disebabkan beberapa faktor yang perlu diambilkira untuk manafaat bersama.


Antara faktor tersebut adalah seperti :-

- Kedudukan perkampungan yang bersempadan dengan Taman Pemuliharaan Hutan Simpan Negara.
- Berdekatan dengan Kawasan Tadahan Air.
- Pemuliharaan sungai yang menjadi salah satu sumber air di Tambunan.
- Keadaan tanah yang berbukit-bukau.
- Sistem pengangkutan

Berdasarkan faktor-faktor ini, penduduk yang mengusahakan pertanian dan penternakan di kampung ini mengamalkan beberapa cara pertanian mengikut panduan dan piawaian yang diberikan oleh pihak berkuasa yang terlibat untuk memastikan kesihatan dan kebersihan alam sekitar terjamin. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah mengikut konsep “Mesra Alam” ini termasuklah

- Jarak kawasan pertanian dari kawasan sungai,
- Jenis-jenis tanaman
- Jenis-jenis ternakan
- Panduan penggunaan racun lengai dan serangga (untuk pertanian)
- Menggalakan pertanian setempat

Walaupun dengan adanya faktor-faktor ini perkembangan masih boleh dilihat berdasarkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat di sini yang semakin meningkat, namun masyarakat di sini berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat memperkenalkan salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi di kawasan ini terutamanya dari segi pertanian dan penternakan. Salah satu langkah yang diharapkan adalah untuk memindahkan pusat pengambilan sumber air ke kawasan yang lebih baik serta menaiktaraf sistem pengangkutan.

Dengan dua langkah awal ini, banyak manafaat yang akan dikongsi bersama oleh penduduk kampung khususnya dan juga masyarakat daerah Tambunan secara keseluruhannya.

Disamping itu, pemeliharaan alam sekitar harus diteruskan untuk menjamin kualiti alam sepanjang masa. Penjagaan alam sekitar tidak menjadi masaalah bagi masyarakat Kampung Kuyungon kerana berdasarkan pemerhatian jangka panjang, ia telahpun dipupuk dan dipraktikan sekian lama. Penduduk juga mengamalkan pengurusan dan pembuangan sampah yang teratur termasuklah menerapkan kesedaran dan memberi didikan kepada kanak-kanak dari peringkat awal. Hanya segelintir yang kurang peka serta pelawat dari luar yang sukar untuk dikawal kerana masih tidak memahami etika yang diamalkan.

Dengan penerapan etika dan keprihatinan penduduk yang kuat terhadap alam sekitar sejak sekian lama, kebersihan sungai dan alam sekitar sentiasa terjamin sehingga kini. Bacaan index pencemaran sungai yang dilakukan secara bertusan juga sentiasa berada di paras yang selamat.

Friday, April 7, 2006

The Village

Kampung Kuyungon merupakan salah satu perkampungan di kawasan pendalaman Tambunan Sabah. Ia terletak kira-kira 7.5 Km dari Pekan Tambunan dan perjalanan ke kampung ini mengambil masa kira-kira 10 - 15 Minit. Perkampungan ini terletak di sebuah lembah diantara banjaran Crocer dan bentuk muka bumi di kampung ini adalah berbukit-bukau. Kawasan penempatan kampung ini adalah berjajar di sepanjang sungai. Populasi di kampung ini mencecah 500 orang (seperti pada tahun 2006)
--------------------------------------
Kg Kuyungon is one of the remote area in Tambunan Sabah. It is located about 7.5km from “Pekan Tambunan” and it takes about 10-15 minutes to reach the village from the town. The Landscape is mountainous and hilly as it is located in the Crocer range area. The village lies on a valley alongside the Crocer range and houses are built along the river. The population is up to 500 people( as at 2006).